Muhyiddin ucap tahniah, sokong penuh Ismail Sabri

Foto daripada Facebook Muhyiddin Yassin.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri dalam mengemudi negara.

- Advertisement -

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan Insha-Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata beliau menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya petang tadi serta memuat naik beberapa keping gambar pertemuan itu.

Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin yang meletakkan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos lalu selepas hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. – BERNAMA

- Advertisement -