Covid: 22,262 kes baharu, 265 kes kategori 4, 5

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Daripada 22,262 kes baharu Covid-19 hari ini, hanya 184 kes kategori 5 iaitu dalam keadaan kritikal dan menggunakan ventilator.

Selain itu, 81 kes bagi kategori empat yang mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen sementara kategori 3 iaitu mengalami radang paru-paru sebanyak 204 kes.

Bagi kategori 1 iaitu tiada gejala sebanyak 10,990 kes manakala kategori 2 iaitu gejala ringan pula 10,803 kes.

- Advertisement -

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa Covid-19,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook beliau, malam ini.

Menurutnya, ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, kata beliau pada mula didiagnosa: 2.1 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 97.9 peratus kes pada kategori 1 dan 2.

“Didapati 82.5 peratus kes yang baharu didiagnosa Covid-19 tiada/tidak lengkap vaksinasi.

“Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda dan keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan Covid-19,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 21/8/2021

- Advertisement -