Yakin kemampuan PM9 pulih negara, satu padu rakyat

- Advertisement -

MUAFAKAT Nasional (MN) Negeri Selangor mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T dan menjunjung kasih pada Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Baginda melantik YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9. Ucapan tahniah dan syabas dirakamkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

MN Negeri Selangor cukup yakin dan percaya dengan kemampuan dan kebolehan YAB, lebih-lebih lagi setelah berpengalaman berkerja dengan beliau dalam tiga Pilihan Raya Kecil di negeri ini termasuklah mencatatkan kemenangan besar dalam PRK N.24 DUN Semenyih.

- Advertisement -

Adalah diharapkan melalui pelantikan ini YAB Perdana Menteri dapat memberikan keutamaan dan tumpuan kepada Pelan Pemulihan Negara dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan membina ekonomi negara sehingga kehidupan rakyat dan negara dapat segera kembali normal.

Melalui pelantikan ini juga MN Selangor yakin yang YAB Dato Sri dapat mempertingkatkan lagi usaha ke arah menyatupadukan umat Melayu Islam dan penduduk berbilang bangsa khasnya di Negeri Selangor khusus bagi membawa kemenangan besar dalam PRU ke-15 di negeri ini.

MN Selangor akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu YAB Perdana Menteri dalam melaksanakan tugasnya. Selamat menjalankan tugas.

Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Pengerusi bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor pada hari ini Jumaat 20 Ogos 2021 bersamaan 11 Muharam 1443.

DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

TAN SRI NOH OMAR
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 20/8/2021

- Advertisement -