Agong tidak mahu peristiwa sama berulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengharapkan sebuah pentadbiran politik negara yang lebih kukuh dan stabil.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, reaksi tegas jelas terpapar di wajah baginda yang menginginkan Ahli-ahli Parlimen untuk kekal bersama sokongan sedia ada sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

- Advertisement -

“Saya tengok baginda tidak mahu berulang (peristiwa) tarik balik sokongan selepas ini sehingga PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sesi Ahli-ahli Parlimen PAS menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam berjalan dengan baik dan sempurna.

Katanya, pertemuan itu diadakan Al-Sultan Abdullah untuk memastikan setiap Akuan Bersumpah (SD) yang dihantar oleh Ahli-ahli Parlimen adalah benar-benar di atas kerelaan setiap Ahli Parlimen.

PAS yang menjadi kumpulan terkahir menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, keluar dari perkarangan Istana Negara kira-kira jam 4 petang menaiki dua buah bas mengakhiri pertemuan baginda dan 114 ahli-ahli Parlimen.

Sesi menghadap itu dimaklumkan bertujuan untuk mengesahkan SD sokongan kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9. – HARAKAHDAILY 20/8/2021

- Advertisement -