TS Muhyiddin galas jawatan dengan cemerlang

- Advertisement -

PAS Johor mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang telah memberi khidmat yang sangat cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke lapan.

Walaupun mandat yang digalas dalam suasana negara berperang dengan pandemik COVID-19 namun kesungguhan dan kecekalan beliau, pentadbiran negara berjaya dipacu dengan baik sekalipun ianya diganggu gugat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan; keadaan negara dapat dikawal serta rakyat dapat pembelaan yang sewajarnya. 

- Advertisement -

Lebih membanggakan lagi bila mana beliau dan Kabinetnya sepanjang tempoh ini berjaya merancang serta melaksanakan beberapa strategi besar termasuk yang terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Program Vaksinasi Negara, telah diakui antara yang terbaik di dunia.

Kami mendoakan agar Yang Berhormat sentiasa dalam perlindungan Allah S.W.T dan istiqamah dalam mempertahankan prinsip menjaga keadilan dan kesejahteraan negara.

Tahniah juga kami ucapan kepada seluruh barisan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional yang lalu di atas kerja kuat mereka semua dalam membantu pengurusan dan pentadbiran negara.

Terima kasih 

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya 
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor)
17 Ogos 2021 | 7 Muharram 1443H – HARAKAHDAILY 17/8/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/464638120290369/posts/4613216815432458/

- Advertisement -