Kita doakan Kerajaan PN terus kekal

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah membuktikan kejayaan menangani penularan Covid-19 dengan melaksanakan pelbagai pakej bantuan kepada rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, kerajaan PN sentiasa mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat yang sedang bergelumbang dengan penularan wabak Covid-19.

Katanya keutamaan itu melebihi kepentingan lain sehingga ramai netizen meluahkan terima kasih kepada Abah (perdana menteri).

- Advertisement -

“Kerajaan PN telah membuktikan pencapaian yang luar biasa dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Kita doakan kerajaan ini terus kekal memerintah negara,” katanya di sini.

Menurutnya juga Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan pendekatan terbaik kerajaan bagi bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

Menurutnya PPN yang dilaksanakan secara berfasa merupakan strategi kerajaan untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 sekarang.

Beliau berkata, usaha itu melibatkan tiga petunjuk seperti seperti kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam dan tahap populasi yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Saya harap agenda dan fokus utama kerajaan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan ketika ini.

“Polemik politik seperti yang berlaku sekarang tidak wajar diteruskan lagi kerana ia boleh membantutkan pelaksanaan PPN,” katanya.

Mohd Ariff juga berkata, tumpuan perlu diberi bagi menggiatkan lagi aktiviti program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) untuk mencapai imuniti kelompok dalam tempoh terdekat. – HARAKAHDAILY 16/8/2021

- Advertisement -