Bersama ketika senang dan susah – Tuan Guru Abdul Hadi

Tuan Guru Abdul Hadi dan Muhyiddin.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi komitmen untuk terus bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin pada waktu senang dan susah.

- Advertisement -

Khususnya, dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita, kata Ahli Parlimen Marang itu, dalam satu hantaran Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau menyatakan komitmen dan sokongan itu kepada Muhyiddin melalui satu panggilan yang dibuat selepas Ahli Parlimen Pagoh meletakkan jawatan hari ini.

Katanya, dalam panggilan sama, beliau mengucapkan penghargaan di atas bakti yang ditabur Presiden Bersatu itu selain memberikan kata-kata semangat buatnya

“Sebentar tadi saya telah menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/8/2021

- Advertisement -