Takziah buat keluarga Almarhum Tuan Khairul Anuar

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Almarhum Tuan Khairul Anuar Abd Manap yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8 pagi tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, Almarhum merupakan Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan dan sebelumnya pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan bagi beberapa penggal.

Advertisement

Katanya, pemergian Almarhum yang banyak berjasa dan berkorban untuk parti merupakan kehilangan yang besar buat semua khususnya buat PAS sendiri.

“Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman,” ujarnya dalam satu kenyataan. – HARAKAHDAILY 14/8/2021