Muslim Care sumbang empat set laptop, pendingin hawa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Muslim Care Malaysia menyumbangkan empat set komputer riba, dan dua set pendingin hawa kepada Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu.

- Advertisement -

Selain itu, Muslim Care Malaysia turut menyumbangkan bantuan berbentuk set makanan kepada sekolah berkenaan.

Menurut Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan, tiga laptop daripada sumbangan itu akan diberikan kepada tiga pelajar terpilih. Manakala satu lagi akan dimanfaatkan untuk kegunaan pejabat.

Sumbangan tersebut diterima oleh Pengetua Maahad Muhammadi (Perempuan), Ustaz Ahmad Pakhruddin Deraman.

Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat serta Exco Kebajikan dan Wanita, Datuk Mumtaz Nawi yang juga merupakan bekas pelajar Maahad Muhammadi (Perempuan).

Menutup majlis, upacara pelancaran mengibarkan jalur gemilang turut diadakan. – HARAKAHDAILY 14/8/2021

- Advertisement -