BERIKUT adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 7 Ogos hingga pukul 12 tengah hari 13 Ogos 2021.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.3 juta kes. Di peringkat global, lebih 206 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.3 juta. Lebih 185 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.
Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR: Di sebalik kes harian baharu yang mencecah sehingga lebih 21 ribu semalam, hanya 440 kes atau 2.1 peratus melibatkan pesakit COVID-19 kategori 5,4 dan 3.
Selebihnya, sebanyak 21,228 atau 97.9 peratus tergolong dalam kategori 2 (gejala ringan) dan 1 (tiada gejala).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 adalah untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru.
Memperincikan dengan lebih lanjut , Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan Facebook peribadi beliau semalam berkata, daripada 21,668 kes, sebanyak 192 kes (0.9 peratus) di kategori 5, sebanyak 84 kes (0.4 peratus) di kategori 4, sebanyak 164 kes (0.8 peratus) di kategori 3, sebanyak 11,059 kes (51 peratus) di kategori 2 dan sebanyak 10,169 kes (46.9 peratus) di kategori 1.
Dr Noor Hisham berkata, data yang dikongsi itu berdasarkan keadaan kritikal pesakit semasa didiagnosa COVID-19.
Menurut beliau, ada pesakit yang kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan dan ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Sehingga pukul 12 tengah hari Khamis 12 Ogos 2021, Malaysia mencatat sebanyak 21,668 kes harian baharu COVID-19, iaitu yang tertinggi sejak tiga kes pertama dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.
Angka tertinggi sebelum ini direkod pada pada 5 Ogos (20,596 kes), 6 Ogos (20,889 kes) dan 11 Ogos (20,780 kes).
Malaysia kini menanggung sebanyak 237,021 kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan, sementara kes kumulatif meningkat kepada 1,342,215 kes.
Sebanyak 318 lagi kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian negara sebanyak 11,691 (0.87 peratus).
Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (7 Ogos – 12 Ogos 2021), kes harian baharu yang dilaporkan seperti berikut:-
7 Ogos ( 19,257 kes), 8 Ogos ( 18,688 kes ), 9 Ogos ( 17,236 kes), 10 Ogos ( 19,991 kes), 11 Ogos ( 20,780 kes ) dan 12 Ogos ( 21,668 kes ).
Sehingga semalam (12 Ogos), terdapat sebanyak 1,281 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 4,079 kluster dan sebanyak 2,798 daripadanya, ditamatkan.
Sementara itu, sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 216 kluster baharu. Dua kluster iaitu kluster tempat kerja dan kluster komuniti mencatat angka terbanyak. Kluster tempat kerja sebanyak 120 kluster (55.5 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 73 kluster (34.0 peratus).
Unit Rawatan Rapi (ICU) kini mengendalikan sebanyak 1,059 kes COVID-19 dan sebanyak 543 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dengan 1,342,215 kes kumulatif, Malaysia di tangga 27 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Bangladesh (1,386,742) kes dan Kanada (1,445,303 kes).
Perkembangan lain dalam negara
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 8 Ogos beberapa kemudahan kepada penerima vaksinasi lengkap yang memenuhi kriteria berikut:-
a. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mesti melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
b. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mesti melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Antara kemudahan termasuk:-
*Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, DIBENARKAN menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
* Pasangan suami isteri jarak jauh yang mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
*Kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya. Antaranya rentas daerah dan aktiviti dine-in DIBENARKAN
Maklumat lanjut mengenai kemudahan ini boleh diperolehi daripada https://www.pmo.gov.my/2021/08/teks-pengumuman-khas-berkenaan-kemudahan-kemudahan-bagi-individu-yang-telah-menerima-vaksinasi-lengkap/
Sementara itu, berdasarkan kenyataan akhbar KKM mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Malaysia semalam (12 Ogos), daripada sebanyak 21,668 kes harian baharu, tujuh negeri mencatat kes harian baharu empat angka, enam negeri mencatat kes tiga angka dan tiga negeri lagi, mencatat kes dua angka.
Senarai negeri adalah seperti berikut:-
Kes harian baharu empat angka – Selangor 6,278 kes, WP Kuala Lumpur 2,436 kes, Kedah 2,143 kes, Sabah 2,052 kes, Johor 1,706 kes, Pulau Pinang 1,229 dan Sarawak 1,216 kes.
Kes harian baharu tiga angka – Kelantan 972 kes, Perak 930 kes, Negeri Sembilan 899 kes, Pahang 629 kes, Terengganu 594 kes dan Melaka 494 kes.
Kes harian baharu dua angka – WP Putrajaya 56 kes, Perlis 23 kes dan WP Labuan 11 kes.
Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-
7 Ogos (1.08 ), 8 Ogos ( 1,07), 9 Ogos (1.06), 10 Ogos (1.07),11 Ogos ( 1.06 ) dan 12 Ogos ( 1.05 )
Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 11 Ogos adalah Perlis 1.33, Kelantan 1.20, Sabah 1.20.
R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.
Senario wabak Covid-19 di Malaysia ( 7 Ogos – 12 Ogos 2021)
Rekod kes sembuh:-
7 Ogos (16,323 kes), 8 Ogos (17,055 kes), 9 Ogos (15,187 kes), 10 Ogos (16,258 kes), 11 Ogos (17,973 kes ) dan 12 Ogos (17,687 kes).
* kes kumulatif sembuh sehingga 12 Ogos 2021 – 1,093,503 (81.5 peratus).
Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-
7 Ogos – 19,257 kes (1,243,852 kes kumulatif);Kes tempatan : 19,241 kes [15,893 warganegara (82.6%); 3,348 bukan warganegara (17.4%)]; Kes import : 16 kes (10 warganegara, 6 bukan warganegara);
8 Ogos – 18,688 kes (1,262,540 kes kumulatif); Kes tempatan : 18,678 kes [15,755 warganegara (84.4%); 2,923 bukan warganegara (15.6%)]; Kes import : 10 kes (5 warganegara, 5 bukan warganegara);
9 Ogos – 17,236 kes (1,279,776 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,207 [14,437 warganegara (83.9%); 2,770 bukan warganegara (16.1%)]; Kes import : 29 kes (17 warganegara, 12 bukan warganegara);
10 Ogos – 19,991 kes (1,299,767 kes kumulatif); Kes tempatan : 19,991 kes [16,563 warganegara (82.9%); 3,428 bukan warganegara (17.1%)]; Kes import : Tiada kes;
11 Ogos – 20,780 kes (1,320,547 kes kumulatif); Kes tempatan : 20,765 kes [17,383 warganegara (83.7%); 3,382 bukan warganegara (16.3%)]; Kes import : 15 kes (5 warganegara, 10 bukan warganegara)
12 Ogos – 21,668 kes (1,342,215 kes kumulatif); Kes tempatan : 21,610 kes [18,332 warganegara (84.8%); 3,278 bukan warganegara (15.2%)]; Kes import : 58 kes (20 warganegara, 38 bukan warganegara)
Rekod kes kematian:-
*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.
7 Ogos – 210 kes (10,389 kes kumulatif, 0.83%; 177 warganegara, 33 bukan warganegara); BID 34 kes (22 warganegara, 12 bukan warganegara)];
8 Ogos – 360 kes [10,749 kes kumulatif, 0.85%; 296 warganegara, 64 bukan warganegara; BID 85 kes (56 warganegara; 29 bukan warganegara)];
9 Ogos – 212 kes [10,961 kes kumulatif, 0.86%; 186 warganegara, 26 bukan warganegara; BID 16 kes (14 warganegara; 2 bukan warganegara)];
10 Ogos – 201 kes [11,162 kes kumulatif, 0.86%; 163 warganegara, 38 bukan warganegara; BID 34 kes (13 warganegara; 21 bukan warganegara)];
11 Ogos – 211 kes [11,373 kes kumulatif, 0.86%; 184 warganegara, 27 bukan warganegara; BID 16 kes (10 warganegara; 6 bukan warganegara)];
12 Ogos – 318 kes [11,691 kes kumulatif, 0.87%; 256 warganegara, 62 bukan warganegara; BID 93 kes (57 warganegara; 36 bukan warganegara)].
Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-
* kluster yang mencatat kes positif COVID-19 yang banyak ketika diumumkan
7 Ogos – 36 kluster baharu, 9 daripadanya di Kelantan ( 18 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti, 1 kluster pusat tahanan, 1 kluster pendidian, 1 kluster keagamaan );
*kluster tempat kerja, Industri Kundang Sepertiga (Gombak, Selangor) – 148 kes.
8 Ogos – 39 kluster baharu, 7 daripadanya di Kelantan ( 18 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti, 2 kluster pusat tahanan, 2 kluster kumpulan berisiko tinggi, 1 kluster keagamaan dan 1 kluster pendidikan);
*kluster tempat kerja, Buki Tengah 2 (Terengganu) – 126 kes.
9 Ogos – 36 kluster baharu, 10 daripadanya masing-masing di Kelantan dan di Johor ( 19 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, 2 kluster pusat tahanan, 1 kluster kumpulan berisiko tinggi dan 1 kluster keagamaan);
*kluster pusat tahanan, Tembok Bukit Mertajam 2 (Pulau Pinang) – 114 kes.
10 Ogos – 29 kluster baharu, 6 daripadanya masing-masing di Kelantan dan di Selangor ( kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 8, kluster keagamaan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3 )
*kluster tempat kerja, Tapak Bina Bukit OUG (Lembah Pantai & Cheras) – 113 kes.
11 Ogos – 31 kluster baharu, 9 daripadanya di Kelantan ( kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 11 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).
*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Anggun (Johor Bahru) – 218 kes.
*kluster tmpat kerja, Industri Solar Valley, (Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin) – 138 kes.
12 Ogos – 45 kluster baharu (kluster tempat kerja 30, kluster komuniti 11 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3).
*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Panglima Hitam (Klang, Selangor) – 122 kes.
Statistik global Covid-19
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 206,231,902 (Rangkuman Mingguan lalu sebanyak 201,877,094 kes) dengan 4,347,967 kematian (minggu lalu 4,284,424 kematian). Kes pesakit sembuh 185,077,823 (minggu lalu 181,607,067 kes).
Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Sepanyol.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 37,203,649 kes (636,298 kematian);
India 32,177,052 kes (430,285 kematian);
Brazil 20,285,067 kes (566,988 kematian);
Rusia 6,534,791 kes (168,049 kematian);
Perancis 6,398,983 kes (112,487 kematian);
United Kingdom 6,179,506 kes (130,701 kematian);
Turki 6,018,485 kes (52,703 kematian);
Argentina 5,066,253 kes (108,569 kematian);
Colombia 4,856,595 kes (123,097 kematian);
Sepanyol 4,677,883 kes (82,407 kematian).
Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 107 dengan 94,260 kes. Angka kematian kekal 4,636.
Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 105 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.
Indonesia di tangga 14 – 3,774,155 kes (113,664 kematian);
Filipina di tangga 22 – 1,700,363 kes (29,539 kematian);
Thailand di tangga 35 – 863,189 kes (7,126 kematian);
Myanmar di tangga 66 – 344,730 kes (12,667 kematian);
Vietnam di tangga 80 – 246,568 kes (4,813 kematian);
Kampuchea di tangga 109 – 83,839 kes (1,634 kematian);
Singapura di tangga 115 – 66,012 kes (43 kematian);
Laos di tangga 165 – 9,363 kes ( 9 kematian);
Brunei di tangga 203 – 543 kes (3 kematian).
Ruangan sisi
Latar belakang Covid-19
– Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
– Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
– Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.
– WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
– Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.
– Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.
– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
– WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
– Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.
– Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.
– Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
– Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.
– Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).
– Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.
– Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.
– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).
– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
– Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes. – BERNAMA
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!