As-Sabiqat Muslimat PAS Kedah meninggal dunia

- Advertisement -

PADANG SERAI: Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ustazah Zaharah Tuan Guru Yahya Junid, atas pemergiannya, semalam.

Ketuanya, Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali, berkata Allahyarham adalah As-Sabiqat (veteran) yang pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Muslimat PAS negeri pada era 1990-an dan banyak berjasa terhadap kemajuan Dewan Muslimat PAS, terutama di peringkat negeri.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau sempat bersama Allahyarham ketika penglibatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS negeri.

Katanya, Ustazah Zaharah, 76, sebelum ini dimasukkan ke wad Hospital Yan kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.20 malam.

“Allahyarham juga pernah menjadi antara tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama, Batu 16, Padang Lumut. Semoga Allah mencucuri rahmat, mengampunkan segala dosanya serta dimasukkan bersama golongan syuhada dan solihin,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah juga mengharapkan supaya ahli keluarga Allahyarham bersabar dengan kehilangan ini dan redha menerima ketentuan Ilahi. – HARAKAHDAILY 12/8/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!