PKPD: PAS Kudat sumbang bahan basah

- Advertisement -

Oleh SUZIANA GHANI

KUDAT:
PAS Kudat dengan kerjasama PAS Papar tampil menghulurkan sumbangan bahan basah kepada warga PPR Taman Kinarut Ria, Papar, yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 10 Ogos ini.

- Advertisement -

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Lajnah Perhubungan NGO PAS kawasan Kudat, Ahmad Kapok kepada Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Taman Kinarut Ria, Noel Khairulniza Muhamad selaku wakil penduduk.

Menurut Ahmad, sumbangan berupa 1 kg ikan kepada 200 keluarga semalam bertujuan membantu meringankan beban kepada mereka yang terkesan dari segi kewangan.

“Mengingatkan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan kekangan keluar untuk membeli bahan basah dalam tempoh PKPD ini, kami mengumpul dana dan mengagihkan kepada mereka.

“Kami sedar dalam tempoh PKPD ini banyak peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti membuatkan kami mewakilkan penyerahan agihan sumbangan ini kepada wakil penduduk untuk diagihkan kepada penghuni blok.

“Kami juga berdoa agar dengan pemberian ini, dapat meredakan sedikit tekanan yang dihadapi mereka sepanjang tidak dapat menjana pendapatan,” ujarnya.

Menurut Ahmad lagi, sasaran penerima sumbangan adalah mereka yang sakit terlantar, ibu tunggal, asnaf dan hilang pendapatan keluarga. – HARAKAHDAILY 8/8/2021

- Advertisement -