52.5 peratus kes baru kategori tidak bergejala

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan daripada jumlah 20,596 kes baharu semalam adalah kategori 1 yang tidak bergejala iaitu 10,814 kes atau 52.5 peratus.

KKM menjelaskan daripada jumlah bagi kategori 1 sebanyak 88.1 peratus tiada sejarah vaksinasi.

Manakala kategori 2 bagi mereka yang bergejala sebanyak 9,384 kes iaitu 45.6 peratus di mana 64.9 peratus tiada sejarah vaksinasi.

- Advertisement -

Kategori 3 pula iaitu radang paru-paru membabitkan 205 kes iaitu 1.0 peratus di mana 70.2 peratus tiada sejarah vaksinasi.

Bagi kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen iaitu sebanyak 69 kes atau 0.4 peratus di mana 87.3 peratus tiada sejarah vaksinasi.

KKM juga menjelaskan kategori 5 kritikal di mana pesakit terpaksa menggunakan ventilator sebanyak 114 kes (0.5 peratus), di mana 92.1 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan.

“Namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya pada kenyataan semalam.

KKM juga menjelaskan secara keseluruhannya pada mula didiagnosa iaitu 1.9 peratus kes dilaporkan semalam berada pada kategori 3 hingga 5 (72.36 peratus) tiada sejarah vaksinasi.

Dan 98.1 peratus kes pada kategori 1 dan 2 (77.32 peratus) iaitu tiada sejarah vaksinasi.

Menurut KKM didapati 77.37 peratus kes yang baharu didiagnosa Covid-19 tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

“Oleh itu segeralah dapatkan vaksinasi agar anda dan keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu lebih 150 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) klinik perubatan am swasta dan hospital swasta di Johor berdaftar di bawah Protect Health Corporation Sdn. Bhd.

Pengurus PPV Integrasi dan Industri Johor, Protect Health, Dr Muhammad Fairuz Abdullah berkata, usaha masih dipergiatkan bagi memastikan kadar vaksinasi di Johor dapat dipertingkat dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 6/8/2021

- Advertisement -