Asnaf Care sedia bantu guru SAR

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Guru-guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) dipelawa untuk memohon sumbangan melalui Program Asnaf Care di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka merupakan antara golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan tidak menerima bayaran bulanan kerana sekolah ditutup.

- Advertisement -

“Apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan, sekolah telah ditutup dan yuran bulanan daripada pelajar sudah tidak ada. Jadi, secara tidak langsung guru-guru SAR ini hilang punca pendapatan mereka,” ujarnya dalam sidang media semalam.

Berikutan itu, semua yang terlibat diminta memohon melalui Program Asnaf Care ini dengan melayari http://agihan.zakatkedah.my.

Dalam perkembangan lain, LZNK juga telah menyumbang kontena sejuk beku kepada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk digunakan bagi menyimpan jenazah Covid-19. – HARAKAHDAILY 5/8/2021

- Advertisement -