Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Khairil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Khairil Lokman yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 11.30 malam, semalam.

PAS menerusi laman Facebook menyatakan sewaktu hayat, Allahyarham bergiat aktif sebagai Ahli Jawatankuasa Jabatan IT PAS Selangor dan banyak melakukan kerja di sebalik tabir sebagai juruvideo, penyunting video serta menguruskan “live streaming” Ehsan TV, TV PAS dan DACS Selangor antara tahun 2017 hingga 2019.

- Advertisement -

Allahyarham juga banyak terlibat dalam membuat liputan untuk program dan himpunan penting parti seperti Fastaqim, muktamar dan lain-lain.

Allahyarham dikenali sebagai seorang yang jujur dalam tutur kata, ikhlas dalam tindakan, komited dalam tugas dan setia dalam berkawan.

Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar buat PAS, khususnya bagi penggerak media parti.

Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah! – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -