Gabungan Rakyat Sabah tetap kukuh

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap kukuh dan sebulat suara mendukung mandat yang diberi rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-16 akhir tahun lepas.

Pengerusi GRS Dato’ Seri Panglima Hajiji Noor berkata, semua pimpinan GRS sepakat untuk mengambil langkah bagi memantapkan dan memperkuat lagi kerajaan negeri Sabah.

- Advertisement -

“Saya berdoa dan berharap agar kemelut politik di peringkat persekutuan dapat diselesaikan dengan segera secara baik.

“Ini bagi menumpukan perhatian kepada pandemik Covid-19, pemulihan ekonomi dan kestabilan politik di negara kita,” katanya yang juga Ketua Menteri Sabah pada satu kenyataan hari ini.

GRS dibentuk pada 12 September 2020 yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Parti kompenan GRS terdiri daripada Umno, PBS, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan PAS.

Gabungan parti terbabit berjaya menewaskan Warisan dan Pakatan Harapan yang menguasai Sabah selepas Pilihan Raya Umum 2018, selepas beberapa wakil rakyat kompenan BN menyokong Warisan. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -