Vaksinasi secara ‘walk-in’ di PPV sekitar Lembah Klang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penduduk di sekitar Lembah Klang dibenar mendapatkan vaksin secara ‘walk in’ di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 2 hingga 22 Ogos ini.

Warganegara berusia 18 tahun ke atas disaran mengunjungi PPV bermula 5 hingga 22 Ogos, manakala warganegara berusia 40 tahun ke atas atau golongan komorbid disaran mengunjungi PPV bermula 2 hingga 4 Ogos.

- Advertisement -

Antara PPV yang terlibat ialah Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F; KLCC HCO G; KLCC HCO H; Bangi Avenue Convention Centre (BACC); Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Center KLIA, Sepang dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Mereka diminta mengunjungi PPV bermula jam 2 petang selain membawa bukti untuk menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti dan sebagainya.

Individu komorbid pula dimohon untuk membawa surat doktor bagi mengesahkan sejarah kesihatan.

Sementara itu, bagi bukan warganegara disaran mendapatkan vaksin secara walk-in di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 hingga 11 Ogos untuk individu 40 tahun ke atas dan golongan komorbid.

Manakala bagi bukan warganegara berusia 18 tahun ke atas disaran mengunjungi PPV bermula 12 hingga 22 Ogos. – HARAKAHDAILY 3/8/2021

- Advertisement -