Muslimat PAS beri komitmen bantu kerajaan

- Advertisement -

Oleh DANISYA ISMAIL

IPOH: Muslimat PAS Negeri Perak terus mempergiat usaha membantu agensi kerajaan ketika menghadapi tempoh sukar pandemik Covid-19 ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, usaha itu amat penting bagi mengelakkan masyarakat daripada tercicir menerima bantuan.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah negara dan juga Perak ini khsususnya, Muslimat PAS sangat aktif membantu gerak kerja agensi kerajaan.

“Ada muslimat PAS yang menjadi JPKK di kampung, dilantik menjadi Ahli Majlis untuk bekerjasama diperingkat majlis daerah dan majlis bandaran (termasuk) diberi peluang menjadi Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

“Terkini, Muslimat PAS melalui usaha yang dilakukan oleh Wanita PN Perak telah mendaftarkan muslimat PAS bersama wanita lain untuk menanggotai Skuad Prihatin di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kongsinya ketika ditemui Harakahdaily, semalam.

Jelas Dr Najihah, pihaknya telah turut sama memberi kerjasama mengedarkan Bakul Prihatin Negara kepada golongan yang memerlukan yang telah membuat permohonan melalui JKM.

Katanya lagi, usaha sama ini turut disambut baik pihaknya bagi memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia. – HARAKAHDAILY 2/8/2021

- Advertisement -