‘Vaksinasi Oghe Parlime Terre’ sasar 1,500 suntikan sehari

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Pusat Khidmat Parlimen Ketereh menjangkakan seramai 10,000 penduduk daerah itu menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena program ‘Vaksinasi Oghe Parlime Terre’ yang berlangsung selama lapan hari, mulai hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata melalui program itu pihaknya menyasarkan sebanyak 1,500 suntikan vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada penerima dalam sehari.

- Advertisement -

Katanya, program yang diadakan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) itu merupakan sebagai usaha untuk membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk kampung khususnya kepada golongan berisiko, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, sistem pendaftaran penerima bagi program tersebut dilaksanakan mengikut ketetapan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) iaitu sistem line-listing melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata bagaimanapun, program berkenaan tidak membuka pendaftaran secara walk-in bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.

“Program vaksinasi ini melibatkan seramai 40 orang terdiri daripada doktor swasta dan tenaga vaccinator yang dibawa khusus dari Kuala Lumpur dan dibantu oleh beberapa sukarelawan tempatan bagi membantu melancarkan program berkenaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2021

- Advertisement -