Fitnah MB Kedah: Pemuda PAS kawasan digesa lapor polis

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Dewan Pemuda PAS seluruh Kedah digesa agar membuat laporan polis terhadap sebarang provokasi berbentuk fitnah terhadap Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid berkata, sejak kebelakangan ini pelbagai tohmahan serta provokasi semakin berleluasa dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan krebiliti dan reputasi Menteri Besar.

- Advertisement -

“Kita mengarahkan setiap Dewan Pemuda Kawasan di Kedah membuat laporan polis kepada setiap provokasi sama ada menghasut, memaki hamun atau apa jua bentuk yang keterlaluan atas tujuan menimbulkan kebencian dan menjatuhkan reputasi Menteri Besar,” ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, sehingga kini empat Dewan Pemuda PAS kawasan iaitu Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sungai Petani telah bertindak sedemikian Manakala 11 lagi akan menyusul dalam tempoh terdekat.

Menurut Amin, laporan itu memohon pihak berkuasa merujukkan kes berkenaan di bawah Seksyen 233(1)(a)(b)Akta SKMM, dan/atau Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kepakaran untuk mengesan pemilik akaun media sosial, sekalipun menggunakan akaun samaran. Apatah lagi dikenal pasti pemiliknya. Mereka tidak akan dapat melarikan diri,” tambah beliau lagi.

Terkini, tular di media sosial wajah Menteri Besar disamakan seperti ikon kuning 4Gplus beserta dengan kata-kata melabelkan ‘Plan Menipu, Bodoh Unlimited’ dan lain-lain kata kesat lagi.

Justeru itu kata beliau lagi, beberapa ‘haters’ terpilih juga akan berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh pihak mangsa.

“Bukti semua sudah terkumpul. Di kalangan haters, berdoalah semoga anda bukan ‘insan terpilih’ tersebut,” jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 1/8/2021

- Advertisement -