Covid-19: Ledakan kes empat angka di enam negeri, kes aktif lebih 180,000

- Advertisement -

BERIKUT adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 Julai hingga pukul 8:30mlm 30 Julai 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi sejuta kes. Di peringkat global, lebih 197 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4 juta. Lebih 178 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Minggu yang suram bagi Malaysia! Bukan sahaja kes harian baharu COVID-19 terus meledak sehingga melonjakkan kes kumulatif melepasi angka sejuta tetapi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan rapi (ICU) turut meningkat empat angka.

Sekiranya pada minggu lalu, negeri yang menjadi tumpuan ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Negeri Sembilan, untuk Rangkuman Mingguan Bernama (24 Julai – 30 Julai 2021), tiga lagi negeri meledak kes empat angka, iaitu Johor, Kedah dan Sabah.

Ledakan kes harian baharu sepanjang tempoh Rangkuman ini menjadikan Malaysia masih bergelut dengan angka kes harian baharu lima angka sehingga mencatat angka tertinggi pada Rabu 28 Julai iaitu 17,405 kes! Kes kumulatif COVID-19 mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes.

Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

Kes kematian sepanjang tempoh Rangkuman ini juga turut mencatat jumlah yang tinggi sehingga 207 kes pada dua hari berturut-turut iaitu 26 Julai dan 27 Julai 2021.

Setakat pukul 12 tengah hari Jumaat 30 Julai 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 16,840 lagi kes harian baharu COVID-19. Malaysia kini menanggung sebanyak 183,706 kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan, sementara kes kumulatif meningkat kepada 1,095,486 kes.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, kes harian baharu yang dilaporkan seperti berikut:-

24 Julai (15,902 kes), 25 Julai (17,045 kes), 26 Julai (14,516 kes), 27 Julai (16,117 kes), 28 Julai (17,405 kes ), 29 Julai (17,170 kes) dan 30 Julai (16,840 Kes).

Enam negeri iaitu Selangor, WPKL, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah menyumbang kes harian baharu terbanyak COVID-19 sepanjang Rangkuman ini.

Untuk rekod, daripada 16,840 kes harian baharu hari ini (30 Julai), Selangor (6,092 kes), WP Kuala Lumpur (2,114 kes), Kedah (1,281 kes), Johor (1,104 kes), Negeri Sembilan (1,079 kes) dan Sabah (1,066 kes), menyumbang sebanyak 12,736 kes atau 75.62 peratus.

Semalam (29 Julai), daripada 17,170 kes harian baharu, empat negeri iaitu Selangor (7,163 kes), WP Kuala Lumpur (2,138 kes), Kedah (1,212) dan Johor (1,054 kes), menyumbang sebanyak 11,567 atau 67.4 peratus.

Sehingga hari ini, Malaysia turut berhadapan dengan sebanyak 1,092 kluster aktif. Secara keseluruhannya, jumlah kluster yang direkod adalah sebanyak 3,651 dan 2,559 daripadanya, ditamatkan.

Sementara itu, sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, sebanyak 260 kluster baharu direkod dan daripada jumlah itu, sebanyak 143 atau 55 peratus adalah kluster tempat kerja.

Sebanyak 1,055 kes dirujuk kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat hari ini dan sebanyak 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 134 lagi kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 8,859 kes (0.81 peratus).

Dengan 1,0095,486 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 29 (di tangga 31 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Sweden (1,099,414 kes) dan Belgium (1,122,951 kes).

Perkembangan lain dalam negara

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook beliau pada Rabu 28 Julai 2021, memaklumkan, bahawa kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenalpasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes.

Daripada jumlah yang dikesan, sebanyak 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Berikut senarai negeri dengan kes harian baharu COVID-19 berdasarkan perincian KKM untuk 16,840 kes pada Jumaat 30 Julai 2021:-

Kes harian baharu empat angka – Selangor 6,092 kes, WP Kuala Lumpur 2,114 kes, Kedah 1,281 kes, Johor 1,104 kes, Negeri Sembilan 1,079 kes, dan Sabah 1,066 kes.

Kes harian baharu tiga angka – Perak 810 kes, Pulau Pinang 689 kes, Kelantan 656 kes, Melaka 581 kes, Pahang 540 kes, Sarawak 450 kes, Terengganu 258 kes dan WP Putrajaya 100 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 13 kes.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 7 kes.

Berdasarkan catatan Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook peribadinya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

24 Julai (1.11), 25 Julai ( 1.15 ), 26 Julai (1.14), 27 Julai (1.14), 28 Julai ( 1.16 ), 29 Julai (1.15) dan 30 Julai (1.12).

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 29 Julai adalah Terengganu 1.29, Kelantan 1.29 dan Sabah 1.25.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (24 Julai – 30 Julai 2021)

Rekod kes sembuh:-

24 Julai (9,471 kes), 25 Julai (9,683 kes), 26 Julai (9,372 kes), 27 Julai (11,526 kes), 28 Julai (12,373 kes ), 29 Julai (12,930 kes) dan 30 Julai (12,179 kes).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

24 Julai – Kes baharu : 15,902 kes (996,393 kes kumulatif);Kes tempatan : 15,876 kes; [12,842 warganegara (80.9%); 3,034 bukan warganegara (19.1%)]; Kes import : 26 kes; (7 warganegara, 19 bukan warganegara);

25 Julai – Kes baharu : 17,045 kes (1,013,438 kes kumulatif);Kes tempatan : 17,039 kes; [13,169 warganegara (77.3%); 3,870 bukan warganegara (22.7%)]; Kes import : 6 kes; (4 warganegara, 2 bukan warganegara);

26 Julai – Kes baharu : 14,516 kes (1,027,954 kes kumulatif); Kes tempatan : 14,513 kes [11,480 warganegara (79.1%); 3,033 bukan warganegara (20.9%)]; Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);

27 Julai – Kes baharu : 16,117 kes (1,044,071 kes kumulatif);Kes tempatan : 16,091 kes [12,984 warganegara (80.7%); 3,107 bukan warganegara (19.3%)]; Kes import : 26 kes (12 warganegara, 14 bukan warganegara);

28 Julai – Kes baharu : 17,405 kes (1,061,476 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,399 kes [14,341 warganegara (82.4%); 3,058 bukan warganegara (17.6%)]; Kes import : 6 kes (3 warganegara, 3 bukan warganegara);

29 Julai – Kes baharu : 17,170 kes (1,078,646 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,138 kes [14,807 warganegara (86.4%); 2,331 bukan warganegara (13.6%)]; Kes import : 32 kes (14 warganegara, 18 bukan warganegara).

30 Julai – Kes baharu : 16,840 kes (1,095,486 kes kumulatif); Kes tempatan : 16,823 kes [14,014 warganegara (83.3%); 2,809 bukan warganegara (16.7%)]; Kes import : 17 kes (6 warganegara, 11 bukan warganegara);

Rekod kes kematian:-

24 Julai – Kes kematian : 184 kes (7,902 kes kumulatif, 0.79%, 157 warganegara, 27 bukan warganegara) BID 32;

25 Julai – Kes kematian : 92 kes (7,994 kes kumulatif, 0.79%, 90 warganegara, 2 bukan warganegara) BID 8;

26 Julai – Kes kematian : 207 kes (8,201 kes kumulatif, 0.80%; 184 warganegara, 23 bukan warganegara) BID14;

27 Julai – Kes kematian : 207 kes (8,408 kes kumulatif, 0.81%; 181 warganegara, 26 bukan warganegara) BID 31;

28 Julai – Kes kematian : 143 kes (8,551 kes kumulatif, 0.80%; 123 warganegara, 20 bukan warganegara) BID 14;

29 Julai – Kes kematian : 174 kes (8,725 kes kumulatif, 0.81%; 157 warganegara, 17 bukan warganegara) BID 28.

30 Julai – Kes kematian : 134 kes (8,859 kes kumulatif, 0.81%; 128 warganegara, 6 bukan warganegara);BID 9.

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

  • kluster yang mencatat kes positif COVID-19 yang banyak ketika diumumkan

24 Julai – Kluster baharu 27 (kluster tempat kerja 15, kluster komuniti 7, kluster pusat tahanan 2, kluster pendidikan 1, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster import 1);

25 Julai – Kluster baharu 34 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 15 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

  • kluster tempat kerja, Padang Kubu (Kemaman) – 103 kes.
  • kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Meranti (Bentong) – 121 kes.
  • kluster komuniti, Taman Hock Ann (Lembah Pantai) – 185 kes.
  • kluster komuniti, Dah Bukit (Langkawi) – 139 kes.

26 Julai – Kluster baharu 33 (kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 10 dan kluster pendidikan 2);

  • kluster tempat kerja, Industri Jalan Perdana (Pontian) – 215 kes.

*kluster tempat kerja, Tanah Mas Bidor (Batang Padang) – 103 kes.

27 Julai – Kluster baharu 42 (kluster tempat kerja 25, kluster komuniti 12, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster pusat tahanan 2 dan kluster pendidikan 1);

*kluster tempat kerja, Dah 14 Industri Kulim (Kulim) – 187 kes.

28 Julai – Kluster baharu 41 (kluster tempat kerja 22, kluster komuniti 16, kluster pusat tahanan 2 dan kluster pendidikan 1);

*kluster tempat kerja, Industri Selesa 2 (Hulu Langat, Selangor) – 118 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Depot Laluan Klang (Klang, Selangor) – 145 kes.

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Salleh (Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor) – 123 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan BBN (Seremban) – 161 kes.

29 Julai – Kluster baharu 36 (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 14, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pusat tahanan 1).

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Ipoh Permai (Kinta, Perak) – 112 kes.

30 Julai – Kluster baharu 47 (kluster tempat kerja 24, kluster komuniti 17, kluster kumpulan berisiko tinggi 3, kluster pendidikan 2 dan kluster keagamaan 1).

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Sepintas (Klang, Kuala Langat dan Petaling, Selangor) – 250 kes.

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Persiaran Rombayu (Kuala Langat, Selangor) – 224 kes.

*kluster tempat kerja, Industri Ringan Mantin (Seremban, Negeri Sembilan)- 121 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 197,527,098 kes (Rangkuman Minggu lalu 193,558,569 kes) dengan 4,218,245 kematian (minggu lalu 4,154,549 kematian). Kes pesakit sembuh 178,649,771 (minggu lalu 175,838,271).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 35,584,272 kes (628,492 kematian);
India 31,572,344 kes (423,244 kematian);
Brazil 19,839,369 kes (554,626 kematian);
Rusia 6,242,066 kes (157,771 kematian);
Perancis 6,079,239 kes (111,764 kematian);
United Kingdom 5,801,561 kes (129,515 kematian);
Turki 5,682,630 kes (51,184 kematian);
Argentina 4,905,925 kes (105,113 kematian);
Colombia 4,766,829 kes (120,126 kematian);
Sepanyol 4,422,291 kes (81,442 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 107 dengan 92,875 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 105 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 – 3,372,374 kes (92,311 kematian);
Filipina di tangga 24 – 1,580,824 kes (27,722 kematian);
Thailand di tangga 44 – 578,375 kes (4,679 kematian);
Myanmar di tangga 72 – 289,333 kes (8,552 kematian);
Vietnam di tangga 94 – 133,405 kes (1,020 kematian);
Kampuchea di tangga 111 – 76,585 kes (1,375 kematian);
Singapura di tangga 114 – 64,861 kes (37 kematian);
Laos di tangga 172 – 5,675 kes ( 6 kematian);
Brunei di tangga 204 – 333 kes (3 kematian).

Ruangan sisi

Latar belakang Covid-19

  • Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
  • Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
  • Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.
  • WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
  • Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.
  • Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
  • WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
  • Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.
  • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.
  • Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
  • Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.
  • Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).
  • Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.
  • Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1) – BERNAMA

- Advertisement -