Tahap keselamatan negara terkawal

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara, berada pada tahap terkawal, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

- Advertisement -

“Orang ramai diminta untuk tldak gusar kerana PDRM akan memastikan tahap keselamatan kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan   masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihat agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha  bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19. – HARAKAHDAILY 30/7/2021

- Advertisement -