Program vaksinasi kunci utama kejayaan lawan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Program vaksinasi kebangsaan merupakan kunci utama kejayaan kita melawan Covid-19,” kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

- Advertisement -

Sehubungan itu, katanya, kerajaan telah memperkasa usaha di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan kejayaan proses vaksinasi berlaku seperti mana hari ini.

“Secara puratanya lebih 400 ribu dos telah berjaya dilaksanakan setiap hari. Malah, kita pernah mencecah lebih 550,000 dos sehari.

“Peningkatan kadar vaksinasi ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak.

“Insya-Allah, Kerajaan menyasarkan imunisasi 100 peratus populasi dewasa menjelang akhir Oktober nanti. Inilah sasaran terpenting dalam memastikan kejayaan pelan pemulihan negara,” katanya.

Dari segi perbelanjaan, Zafrul berkata kerajaan telah memperuntukkan RM3.9 bilion bagi perolehan bekalan vaksin yang telah ditandatangani kontrak sebanyak 79.9 juta dos.

“Kita juga amat menghargai sumbangan sebanyak 2.9 juta dos vaksin daripada negara Jepun, Amerika Syarikat, China dan United Kingdom,” kata beliau pada sesi penerangan dalam Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14, hari ini.

Beliau turut memaklumkan pertemuannya bersama ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), semalam.

Katanya, pertemuan itu adalah untuk memberi penjelasan secara terperinci mengenai ketelusan proses perolehan vaksin Covid-19. – HARAKAHDAILY 29/7/2021

- Advertisement -