Kes Covid-19 menular di Parlimen

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat ditempoh sehingga jam 5.15 petang ini dengan mengambil kira terdapat dua kes positif dikesan di kawasan Parlimen.

Kes pertama seorang petugas yang hadir pada Isnin hingga Rabu dikesan positif oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala kes kedua pula dikesan hari ini selepas menjalani ujian saringan Covid-19.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Dato’ Mohd Rashid Hasnon berkata, mengambil kira perkembangan itu semua individu yang berada di parlimen hendaklah menjalani saringan Covid-19.

Advertisement

Katanya, saringan boleh dibuat di pintu 3 bangunan Parlimen.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua individu yang dijemput hadir ke Sidang Parlimen perlu menjalani saringan Covid-19 antara 21 hingga 25 Julai lepas.

Saringan boleh dibuat di Kompleks Parlimen, PKD Putrajaya, fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta.

Katnanya, dalam tempoh tersebut sebanyak 2,093 individu telah menjalani saringan ujian Covid-19.

“Sehingga 28 Julai sebanyak 56 kes positif Covid-19 telah dikesan melibatkan dua Ahli Parlimen, enam pegawai pengiring dan 48 pegawai dari pelbagai agensi kerajaan.

“Ini menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus. Daripada 56 kes yang positif, 39 (69.6 peratus) terdiri daripada mereka yang belum menerima dos vaksin lengkap atau belum menerima vaksin,” katanya pada kenyataan hari ini.

Hasil siasatan dan penilaian risiko dijalankan yang dijalankan KKM sehingga semalam, kes-kes positif tidak mempunyai kaitan epidemiologi di antara satu sama lain. – HARAKAHDAILY 29/7/2021