Kenyataan media Ketua Whip Kerajaan

- Advertisement -

SAYA menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di­-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh lstana Negara pada hari ini.

Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.

- Advertisement -

Justeru, saya berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.

YAB DATO’ SRJ ISMAIL SABRI YAAKOB
KETUA WHIP KERAJAAN
29 Julai 2021 – HARAKAHDAILY 29/7/2021

- Advertisement -