Bayaran pertama program i-Citra mulai 3 Ogos

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR:
Bayaran pertama program i-Citra akan dikreditkan kepada akaun bank ahli mulai 3 Ogos ini.

Menurut Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program ini dijangka memanfaatkan seramai 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

- Advertisement -

Manakala bagi penangguhan 6 bulan moratorium pinjaman, maklum beliau, permohonan telahpun dibuka awal bulan ini.

“Saya ambil kesempatan ini untuk menyarankan sesiapa yang menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan moratorium pinjaman untuk terus menghubungi BNM-TELELINK boleh mendapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menguruskan aliran tunai mereka,” katanya.

Menurut beliau, KWSP juga membuka hotline i-Citra untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan sebarang penjelasan.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan dalam Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14, hari ini. – HARAKAHDAILY 29/7/2021

- Advertisement -