Tabung Bencana Covid PAS edar 46 tan beras seluruh negara

Dr Rosni Adam
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tabung Bencana Covid (TBC) telah mengedarkan sebanyak 9,200 kampit beras ke seluruh negara antara 8 sehingga 14 Julai lalu.

Pengerusi TBC PAS Pusat, Dr. Rosni Adam berkata, agihan 46 tan beras itu berjaya dilaksanakan tentunya dengan sokongan berterusan pelbagai lapisan masyarakat kepada TBC.

- Advertisement -

“Sungguh saya berasa gembira dan tiada ungkapan mampu diluahkan selain rasa syukur apabila membayangkan sedikit usaha kami ini boleh membantu rakyat yang memerlukan pada waktu mencabar yang kita hadapi.

“Melalui TBC juga, kami sedang giat membantu frontliner melalui pusat-pusat pemberian vaksin dan pusat-pusat saringan Covid,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya TBC adalah suatu jalinan usaha antara unit-unit dalam PAS yang juga merupakan gabungan gerak kerja antara dewan-dewan dan badan-badan perhubungan negeri-negeri. – HARAKAHDAILY 28/7/2021

- Advertisement -