Sidang DUN Kedah diadakan 20-23 Sept

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah kali ke-14 akan bersidang bermula 20 hingga 23 September depan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penetapan tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco yang diadakan secara di atas talian hari ini.

- Advertisement -

“Sidang akan diadakan selama empat hari bermula 20 hingga 23 September manakala Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Al-Marhum Sultan Badlishah akan menyampaikan titah perasmian secara atas talian dari Istana Anak Bukit,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Sebelum ini Sanusi memaklumkan persidangan Dun Kedah akan diadakan selepas sidang parlimen dilangsungkan.

Menteri Besar juga telah menyembah maklum mengenai perkara berkenaan kepada Tunku Sultan berkaitan cadangan tarikh persidangan terbabit.

Manakala Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dijadualkan bermula pada 6 hingga 30 September ini selama 15 hari.

Dan Mesyuarat kedua Mesyuarat dijadualkan selama 32 hari mulai 25 Oktober hingga 16 Disember.

Sekarang berlangsung persidangan khas parlimen yang bermula Isnin lepas. – HARAKAHDAILY 28/7/2021

- Advertisement -