Pemuda PAS sumbang juadah untuk petugas SJR

- Advertisement -

KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan telah menyantuni para anggota petugas barisan hadapan (frontliners) di beberapa sekatan jalan raya (SJR) di Tanjung Lumpur dan Sungai Soi, di sini kelmarin dahulu.

Inisiatif itu sebagai satu solidariti dan menyatakan penghargaan atas komitmen mereka dalam menyempurnakan penugasan penting di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

- Advertisement -

Ketua dan Setiausaha Pemuda PAS Kuantan, Khairul Nizam Che Mustofa dan Wan Razali Wan Nor mengetuai serahan sumbangan berupa set makanan dan minuman kepada para anggota petugas yang ditemui.

“Ayam crispy dan nasi lemak tuan,” ujar salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kuantan semasa serahan tersebut dengan harapan menu istimewa itu mengikat kemesraan dua pihak.

Menurut Khairul Nizam, pihaknya mewakili entiti PAS amat menghargai perit jerih para anggota yang bertugas dan berharap inisiatif seumpama itu sebagai satu sokongan moral kepada mereka dan mengikat kemesraan.

Seperti kebanyakan SJR, petugas yang terlibat merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Dalam pada itu, Khairul juga mengingatkan masyarakat awam agar terus menunaikan tanggungjawab bersama memberi kerjasama kepada para ‘frontliners’ dengan mematuhi kuarantin kendiri sebagaimana diperintahkan.

Para dermawan juga boleh menyokong kelangsungan inisiatif seumpama ini menerusi sumbangan ke akaun Bank Islam 06019010099553 atas nama Dewan Pemuda PAS Kuantan. – HARAKAHDAILY 28/7/2021

- Advertisement -