Insiden pintu tren LRT terbuka ketika sedang beroperasi

- Advertisement -

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) memandang serius insiden pintu-pintu tren LRT Tr44 laluan Kelana Jaya yang terbuka dengan sendiri ketika beroperasi pada 26 Julai 2021 (Isnin) jam 3:00 petang.

Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan bahawa insiden berlaku ketika tren tersebut bergerak di antara stesen LRT Ara Damansara menghala ke stesen LRT Lembah Subang. Ketika kejadian, terdapat seramai tujuh (7) orang penumpang di dalam tren tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan.

- Advertisement -

Pihak APAD telah mengambil tindakan serta-merta dengan membuat siasatan dan telah mengarahkan pihak Rapid Rail selaku operator untuk membuat siasatan rapi mengenai insiden ini termasuk memberi laporan Rekod Penyelenggaraan Tren 44 sebelum berlakunya insiden tersebut dengan kadar segera kepada pihak APAD, seterusnya mengambil tindakan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan insiden yang sama tidak berulang terhadap mana-mana perkhidmatan kereta api di bawah seliaan mereka.

Dapatan awal mendapati ia adalah berpunca dari sistem Door Close Confirmation Unit (DCCU) yang gagal berfungsi secara normal. Namun yang demikian, ia adalah terlalu awal untuk menyatakan bahawa punca sebenar adalah kerana kegagalan DCCU tersebut kerana ia juga berkaitan dengan penyelenggaraan dan juga prosedur operasi standard (SOP) pengendalian tren ketika menghadapi masalah teknikal.

Pihak Rapid Rail juga diarahkan untuk memberikan laporan Siasatan Awal Insiden dalam masa 7 hari atau sebelum 2 Ogos 2021 dan Laporan Siasatan Penuh beserta semua dokumen sokongan dalam masa 21 hari atau pada 16 Ogos 2021.

Tindakan selanjutnya ke atas pengendali berlesen perkhidmatan kereta api tersebut akan diputuskan setelah laporan lengkap dan maklumat penuh mengenai insiden tersebut diperolehi.

Pihak APAD juga akan membuka kertas siasatan bagi kes ini dan ia akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). Di bawah Akta 715, aspek keselamatan merupakan suatu keutamaan dan syarat di bawah lesen pengendali perkhidmatan kereta api. Semua pengendali pengangkutan awam darat serta mana-mana orang yang terlibat di dalam perkhidmatan kereta api hendaklah menitikberatkan aspek keselamatan dalam pengendalian perkhidmatan masing-masing.

MOT dan APAD berasa kesal dengan insiden ini dan tidak akan bertoleransi terhadap sebarang elemen kecuaian dan menegaskan bahawa mana-mana pihak yang gagal mematuhi aspek keselamatan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada.

LRT Kelana Jaya train door opened during operation

The Ministry of Transport seriously views the incident in which a door inadvertently remained open on the Kelana Jaya LRT Tr44 Train while in transit at about 3:00pm on 26 July 2021. 

The Land Public Transport Agency (APAD) had been informed that the train in transit from the Ara Damansara LRT Station towards the Lembah Subang Station carried seven (7) passengers. No injuries were reported during this incident. 

APAD had immediately taken action by directing Rapid Rail as the train operator to perform a detailed investigation into the incident and submit Train 44’s maintenance reports to APAD from before the incident occurred. Rapid Rail was also instructed to undertake short and long term measures to ensure such an incident does not recur in any of Rapid Rail’s train operations.

Early findings indicate that the incident had resulted from a Door Close Confirmation Unit (DCCU) that failed to operate normally. However, it is too early to ascertain the actual cause of the DCCU’s failure as investigations may lead to other conclusions related to maintenance or adherence to the train operations’ standard operating procedures when addressing technical issues.

APAD had instructed Rapid Rail to submit a preliminary incident report within 7 days or before 2 August 2021 and a full investigative report with supporting documents within 21 days or by 16 August 2021. 

Further action on the licensed operator of the rail service involved in the incident will be decided based on the examination of the complete report related to the incident. 

APAD will also open an investigation paper on this case under the Land Public Transport Act 2010 (Act 715). Under Act 715, safety is a priority condition stipulated under the license of the rail operator. All land public transport operators and any personnel involved in providing rail and train services must make safety a paramount aspect of the service. 

It is regrettable that this incident has occurred and the Ministry and APAD will not tolerate any element of neglect. It must be stressed that any person that fails to comply with safety requirements is liable to legal action.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia
28 Julai 2021 – HARAKAHDAILY 28/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1956913957809432/

- Advertisement -