COVID-19: Bangladesh lancar vaksinasi untuk Rohingya

- Advertisement -

DHAKA: Bangladesh akan melancarkan kempen vaksinasi COVID-19 untuk Rohingya di kem pelarian di Cox’s Bazar.

Di peringkat awal vaksin akan diberikan kepada pelarian berumur 55 tahun ke atas, kata Setiausaha Luar Negeri Masud Momen kepada wartawan di Dhaka pada Selasa.

- Advertisement -

Beliau berkata had umur itu akan diturunkan secara beransur-ansur apabila lebih banyak bekalan vaksin diterima.

“Pelarian akan diberi vaksin yang sama untuk warga Bangladesh di Cox’s Bazar, tiada diskriminasi antara penduduk tempatan dan Rohingya,” kata Momen lapor Anadolu.

Keputusan itu dibuat hasil daripada mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan kesihatan pelarian, tambahnya.

Namun, katanya ada beberapa kesulitan untuk mengendalikan beberapa jenis vaksin yang diperoleh melalui kemudahan COVAX, tetapi kaedah penyimpanan vaksin Sinopharm China lebih mudah.

Sebelum ini, Kerajaan Bangladesh berkata akan mula memvaksinasi kirta-kira 50,000 pelarian.

Berikutan lonjakan kes melibatkan varian Delta, jumlah kematian Rohingya di kem pelarian terbesar di dunia itu telah meningkat kepada 27 dan kes jangkitan sebanyak 2,355.

Bangladesh kini menempatkan hampir 1.2 juta Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan   tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017. – BERNAMA

- Advertisement -