Sidang Parlimen bukan medan pertengkaran

- Advertisement -

KINI sedang berlangsung hari kedua Sidang Parlimen Khas yang bermula dari semalam sehingga 29 Julai ini. Sidang Khas ini adalah menyahut seruan YDP Agong untuk membincang isu COVID-19 yang sedang melanda negara.

Rakyat seluruh negara sangat mengharapkan agar semua Ahli-ahli Parlimen sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang untuk menggunakan sepenuhnya ruang Sidang Khas ini agar bersama-sama meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan, dengan mengetepikan seketika perbezaan politik agar matlamat untuk menangani isu COVID-19 dan pemulihan negara ini dapat mencapai kata sepakat. 

- Advertisement -

Namun, situasi yang berlaku dalam sidang hari pertama semalam amat mengecewakan, menyaksikan para Ahli Parlimen terutamanya blok pembangkang hanya menghabiskan masa persidangan dengan melontarkan ketidakpuasan hati mereka dan mengganggu ucapan Ahli-ahli Parlimen blok kerajaan termasuk membuat gangguan sewaktu YAB Perdana Menteri sedang membuat ucapan.

Keadaan yang berlaku ini sangat mengecewakan rakyat bila mana ruang yang sepatutnya dapat memberi kelegaan kepada rakyat, sebaliknya hanya mempamerkan sikap Ahli Parlimen yang tidak matang dan kurang beradab dengan tidak menghormati peraturan mesyuarat. 

PAS Johor menyeru kepada semua Ahli Parlimen, supaya lebih beradab dan menjaga keharmonian Sidang Parlimen supaya fungsi sebenar persidangan ini menjadi medan perbincangan serta perbahasan yang positif bukan medan pertengkaran yang merugikan rakyat dan negara.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
27 Julai 2021 | 17 Zulhijjah 1442H – HARAKAHDAILY 27/7/2021

- Advertisement -