Olimpik: Aaron-Wooi Yik layak ke suku akhir

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.

TOKYO: Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke suku akhir Olimpik Tokyo 2020 selepas mengalahkan pasangan Jason Ho-Shue-Nyl Yakamura dari Kanada, malam ini.

Pasangan nombor lapan dunia itu, tidak menghadapi banyak masalah dalam mengetepikan cabaran pasangan ke-32 dunia, pada perlawanan Kumpulan D di Musashino Forest Sports Plaza, di sini.

Advertisement

Lepas tewas 16-21, 19-21, kepada juara dunia tiga kali Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dalam perlawanan kedua mereka semalam, Aaron-Wook Yik mengawal keseluruhan perlawanan hari ini untuk memenangi perlawanan dalam masa 33 minit.

Aaron-Wooi Yik memulakan cabaran kali pertama mereka di Olimpik pada Sabtu, dengan mengalahkan pasangan Korea Selatan Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae 22-24, 15-21.

Terdahulu, pasangan pilihan kedua Ahsan-Hendra mengalahkan pasangan Korea itu 21-12,19-21, 21-18, dalam satu lagi perlawanan untuk mengungguli Kumpulan D, selepas memenangi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Aaron-Wooi Yik, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, di tempat kedua selepas menang dua kali dan tewas sekali.

Peringkat suku akhir dijadualkan pada Khamis (29 Julai). – BERNAMA