Dr Khairuddin komited bantu semaksimum mungkin

- Advertisement -

Oleh AMEERUL HAQ

- Advertisement -

KUALA NERUS: Bantuan Prihatin yang dilaksanakan fasa kedua telah memberi manfaat kepada 1,045 keluarga dengan kos peruntukan sebanyak RM104,500 sehingga 25 Julai 202I dan masih diteruskan hingga kini .

Agihan yang dilaksanakan mendapat kerjasama semua pihak terutama Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) dan Pegawai Perhubungan yang dilantik di setiap Dun bagi memastikan segala maklumat disalurkan kepada Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Demikian menurut Timbalan Ketua Sekretariat, Ustaz Hafiz Ahmad Zahidi ketika menyampaikan Bantuan Bakul Makanan PEMULIH bagi rakyat Kuala Nerus hari ini.

“Dr Khairuddin sentiasa mengingatkan kepada semua Pegawai Perhubungan Dun yang menjadi wakil Sekretariat Ahli Parlimen Kuala Nerus agar sentiasa memberikan khidmat terbaik untuk rakyat serta memastikan bantuan disampaikan sebaiknya.

“Di pihak Sekretariat , telah direkodkan sebanyak 7933 keluarga di Parlimen Kuala Nerus dengan nilaian RM450,000 telah pun menerima bantuan tersebut pada fasa pertama yang bermula 1 Jun 2021.

“Segala maklumat penerima sentiasa dikemaskini dengan baik agar proses agihan dapat dilaksanakan kepada semua peringkat bahkan laporan secara mingguan direkodkan bagi tujuan rujukan untuk Ahli Parlimen Kuala Nerus,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Khairuddin telah memaklumkan data terkini Bantuan Prihatin Parlimen Kuala Nerus di Facebook dengan jumlah keseluruhan RM 554,500 berbentuk pek barangan keperluan harian. – HARAKAHDAILY 27/7/2021

- Advertisement -