Ivermectin: Siaran Astro Awani undang banyak keraguan

- Advertisement -

SAYA sedih apabila Awani masukkan berita ini. Hujah sama diputar-putar. Dan hujah itu juga para pakar seluruh dunia menjawab bahawa kajian dia itu banyak keraguan. Bahkan terdapat kajian yang menggunakan data keliru.

Kerajaan perlu lakukan sesuatu supaya media arus perdana seperti ini tidak beri peluang kepada mereka. Mungkin media nak buat pemberitaan bebas tanpa dipengaruhi oleh semua pihak. Tetapi perlu diingat, media akan menjadi batu penghalang kepada kelangsungan program kesihatan negara.

- Advertisement -

Kalau dah masuk TV arus perdana, banyak pula para penyokong mereka buat hujah. Sedangkan kerajaan masih belum menentukan secara muktamad kegunaan Ivermectin kepada umum. Kerajaan hanya luluskan secara off-label bagi kajian klinikal.

Pemberitaan seperti ini bertentangan dengan pendirian kerajaan dan WHO. Apa yang akan berlaku, pihak tertentu dan rakyat akan terus terikut dengan harapan palsu tanpa berpijak atas kajian kukuh.

Penyokong Ivermectin ini sinonim dengan penentang vaksin (tidak semua). Justeru matlamat kerajaan untuk meningkatkan pemberian vaksin akan terbantut.

Masyarakat juga akan diulit dengan berita-berita sebegini dan akhirnya lambat membuat keputusan. Sudah beberapa kes berlaku, apabila dijangkiti COVID-19, mereka menolak saranan doktor untuk masuk wad kerana mengharapkan keajaiban Ivermectin. Inilah dinamakan false health seeking behaviour. Akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang sudah tenat.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 26/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4244253255613965/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -