Dakwaan kerajaan gagal adalah tidak benar

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Kerajaan Perikatan Nasinal (PN) gagal adalah tidak benar, kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Jelasnya, kerajaan hanya masih belum berjaya sepenuhnya dalam menangani dan mendepani Covid-19 dan impaknya terhadap rakyat dan negara.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian merujuk kepada data kajian Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) yang membuat perbandingan nilai pakej ransnagan ekonomi berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Satu persoalan, adakah benar Malaysia telah melaksanakan usaha yang baik dari sudut ransangan pakej ekonomi?

“Satu kajian dilaksanakan oleh LAKSANA, satu perbandingan nilai pakej ransangan ekonomi berbanding GDP telah dikemukakan antara negara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam, China, UK dan US.

“Data yang menarik ini telah menunjukan Malaysia telah memperuntukkan bantuan pakej ransangan ekonomi untuk rakyatnya sebanyak 22.7 peratus berbanding GDP.

“Peratusan ini lebih tinggi berbanding Indonesia (4.9 peratus), Filipina (13.8 peratus), Singapura (9.3 peratus) dan dan Thailand (12.9 peratus).

“Jadi tidak betul untuk kita menyatakan bahawa kerajaan ini gagal. Pada saya, kerajaan tidak gagal cuma kerajaan masih belum berjaya sepenuhnya,” ujarnya ketika membahaskan Pelan Pemulihan Negara dalam Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan seperti memperkenalkan baucer pelancongan domestik serta baucher pembeian barang keperluan dan barangan mewah.

Katanya, inisitaif itu dicadangkan kerana dilihat berpotensi untuk menggalakkan rakyat berbelanja sekaligus memberi suntikan kepada kegiatan ekonomi rakyat.

Beliau dalam masa sama turut mencadangkan kerajaan mempercepatkan Program Imunisasi Kebangssan Covid-19 (PICK) di kawasan-kawasan yang berpotensi bakal berdepan dengan bencana alam seperti banjir. – HARAKAHDAILY 26/7/2021

- Advertisement -