Kes pertama varian Delta dikesan di Kelantan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN | Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Kelantan telah mengesan kes pertama varian Delta yang menjangkiti seorang wanita di Pasir Puteh dua hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, varian berbahaya itu dikesan pada 23 Julai lalu dipercayai berpunca daripada kes sporadik dalam komuniti.

- Advertisement -

“Hasil maklumat diperolehi, wanita berkenaan juga telah dijangkiti Covid-19 sebelum ini,” ujarnya pada sidang media di pejabatnya di MABNA, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkembangan itu amat membimbangkan kerana varian berkenaan begitu berbahaya.

“Kita berharap penduduk Kelantan lebih berwaspada serta meningkatkan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak jangkitan.

“Kerjasama rakyat termasuk pemimpin dalam aspek pematuhan SOP amat penting bagi membendung penularan virus ini,” ujarnya.

Tambah beliau sekiranya tiada urusan penting orang ramai diingatkan jangan keluar daripada rumah apa lagi untuk bersiar-siar.

Hari ini Kelantan mencatatkan kes baru positif baru 266 kes yakni menurun berbanding semalam 502 kes.

Jelas Dr Izani walaupun jumlah kes terbaru agak menurun berbanding semalam namun penduduk di negeri itu diharap mematuhi prosedur operasi standard (SOP). – HARAKAHDAILY 25/7/2021

- Advertisement -