5 tahun Pusat Khidmat PAS Manjoi tabur bakti

- Advertisement -

TAMBUN: Sehingga kini sudah lima tahun Pusat Khidmat PAS DUN Manjoi menabur bakti kepada penduduk tempatan biarpun bukan sebagai wakil rakyat.

- Advertisement -

Penyelia Pusat Khidmat berkenaan Ustaz Hafez Sabri berkata, sebenarnya sudah masuk tahun kelima pusat khidmat (PAS) membantu masyarakat yang pelbagai latar belakang kehidupan.

Katanya kehidupan mencabar sekarang dengan penularan wabak Covid menuntut keprihatinan banyak pihak dan menjadi tanggungjawab bersama seluruh ahli masyarakat.

“Apa yang paling menggembirakan kami apabila melihat warga tempatan tersenyum ceria terutama ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di Taman Chepor Jaya, di sini semalam.

Pada program itu sebanyak 30 rumah diziarahi bagi menyampaikan barangan bantuan keperluan asas berupa beras, minyak dan daging korban.

Hafez yang juga Ketua Pemuda PAS Tambun seorang pemimpin muda yang dikenali sebagai ikon masyarakat di DUN Manjoi.

Sementara itu, Ketua PAS Zon Chepor, Ustaz Asfawani Abdullah menyifatkan usaha membantu penduduk yang memerlukan bantuan merupakan sebahagian kerja dakwah sepanjang masa.

Katanya, dalam PAS tiada istilah ‘turun padang’ ketika musim pilihan raya sahaja sebaliknya sentiasa bersedia bersama berkongsi susah dan senang bersama masyarakat.

Turut hadir pada program ziarah kebajikan itu, pimpinan PAS Cawangan Ulu Chepor dan ahki jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Tambun. – HARAKAHDAILY 25/7/2021

- Advertisement -