Abrar Care korban 42 ekor lembu, 27 ekor kambing

KUALA LUMPUR: Abrar Care Malaysia tumbangkan 42 ekor lembu bersama 27 ekor kambing di Malaysia, dan beberapa buah negara seperti Kemboja, Sri Lanka dan lain-lain lagi sebagai menggalas tanggungjawab dan amanah menjadi perantara kepada mereka yang mengerjakan ibadah kurban tahun ini.

Advertisement

Pengerusinya, Ustaz Roslan Md Esa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua para peserta ibadah korban tahun ini melalui Abrar Care Malaysia.

“Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelumnya dan pada tahun ini adalah tahun ke-9 Abrar Care Malaysia melaksanakan ibadah korban melibatkan beberapa buah Negara seperti Kemboja, Sri Lanka dan lain-lain negara termasuk negara kita, Malaysia.

“Jumlah binatang korban pada tahun ini sebanyak 42 ekor lembu dan 27 ekor kambing,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak terlibat yang komited membantu kerja-kerja sembelihan, melapah, membungkus dan mengedar daging-daging korban.

“Terima kasih dan penghargaan saya kepada semua team Abrar Care Malaysia dalam dan luar negara yang komited membantu kerja-kerja sembelihan, melapah dan packaging.

“Seterusnya melakukan edaran serta dapat menyelesaikan semua tugas ini dengan memenuhi segala SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua para peserta korban yang menyertai korban bersama Abrar Care Malaysia pada tahun ini.

“Semoga ibadah korban oleh kesemua para peserta ini diterima Allah SWT dan menjadi amalan soleh serta memberatkan mizan hasanah mereka dan kita bersama di akhirat sana,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/7/2021