Penipuan PH berantaian, dari manifesto ke penyelesaian Covid

- Advertisement -

Oleh USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM

SEJARAH dan perkara yang lalu tidak boleh dipadamkan, lebih-lebih lagi dalam urusan bernegara dan melibatkan awam. Gunalah apa cara propaganda sekalipun ianya tersemat kemas dalam rekod yang akan diingati sampai bila-bila.

Rakyat Malaysia amat sedar, perbuatan Pakatan Harapan (PH) lah yang menyebabkan kerajaan dan negara terumbang ambing selama tempoh 22 bulan mereka memerintah. Sehingga berlaku peletakkan jawatan dan peralihan kerajaan hasil salah catur mereka sendiri.

- Advertisement -

Namun semua maklum, PH tidak akan mengaku kegagalan dan kesalahan mereka. Mereka mencari ‘mangsa’ untuk dituding jari. PASlah ‘mangsanya’. Perdana Menteri ketujuh menghantar surat peletakkan jawatan pada 24 Februari 2020, salahkan PAS. Parti Bersatu pimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan keluar daripada PH pada hari yang sama PM ketujuh letak jawatan, juga salahkan PAS. Kerajaan PH hilang arah, tiada PM, ahli Parlimen tarik sokongan daripada PH, salahkan PAS. Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan ketua-ketua parti dan majoriti ahli Parlimen mengakuinya di hadapan Yang di-Pertuan Agong, salahkan PAS. Yang di-Pertuan Agong perkenan isytihar Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dan Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah pada 1 Mac 2020 juga salahkan PAS. Itulah ‘jasa’ PH sepanjang tempoh pergelutan itu.

Kini, kes pandemic Covid-19 yang sedang ditangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan memperuntukkan dana yang besar, pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara serta usaha meningkatkan vaksinasi kepada rakyat dengan gigih, membela dan meringankan beban kehidupan rakyat dengan pelbagai insentif, mengajak rakyat agar sama-sama berjuang melawan wabak sepertimana dunia hari ini masih dan sedang bertarung. PH datang dengan momokannya serta ilusi dramanya bahawa Kerajaan PN gagal. Itulah sandiwara mereka.

syarhan humaizi
Ustaz Syarhan Humaizi Halim

Selepas satu penipuan bahawa manifesto bukan kitab suci untuk menghalalkan penipuan mereka, meraih singgahsana kerajaan. Rakyat ditipu ‘atas darat, siang hari cerah membuta’ tanpa rasa bersalah. Kali ini, membawa episod bahawa PH akan mampu menyelesaikan kes Covid-19. Sandiwara penipuan yang akan kembali berlaku memenuhi panggung pawagam denyut nadi rakyat.

Sudahlah. Penipuan PH yang berantaian, dari manifesto sehingga penyelesaian kes Covid-19. Rakyat sudah tahu. – HARAKAHDAILY 23/7/2021

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Selangor.

- Advertisement -