PAS ucap takziah kepada keluarga almarhum Adiwijaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendapat perkhabaran berita sedih petang tadi bahawa Datuk Adiwijaya Abdullah telah kembali ke rahmatullah.

Sehubungan itu, beliau mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum dan berharap semoga sabar dan tabah atas ujian itu.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau pernah dijemput oleh almarhum yang merupakan Naib Presiden 3 Pesaka Malaysia merangkap Presiden Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Kebangsaan ke Majlis Penyampaian Sandang PSSGM peringkat Kebangsaan pada tahun 2017.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, sudah tentu pemergian almarhum merupakan satu kehilangan besar buat dunia persilatan.

“Semoga almarhum dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, malam ini. – HARAKAHDAILY 23/7/2021

- Advertisement -