PAS Sandakan edar 1,000 pek daging korban

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
PAS Sandakan telah berjaya menyerahkan 1,000 pek daging korban yang diagihkan kepada fakir miskin dan orang ramai di sekitar daerah ini kelmarin.

Program yang diadakan di Masjid Nurussyakirin, dekat sini bertujuan menyempurnakan ibadah korban yang disertai oleh orang ramai di samping membantu golongan yang memerlukan.

- Advertisement -

Yang Dipertuanya, Sahar Abdul Majid berkata pada tahun ini penganjurannya sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas demi untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah turut memaklumkan bahawa partinya telah menyumbangkan 198 ekor lembu korban pada tahun ini yang melibatkan 20 PAS kawasan di seluruh Sabah.

Jelasnya, jumlah terbanyak disumbangkan oleh PAS Kalabakan sebanyak 29 ekor diikuti PAS Tawau 28 ekor dan PAS di daerah ini merangkumi Sandakan, Batu Sapi, Libaran sebanyak 31 ekor dan selebihnya di kawasan-kawasan lain.

Hadir sama dalam program ibadah korban berkelompok itu ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain dan Pengarah Program, Rahman Johari. – HARAKAHDAILY 23/7/2021

- Advertisement -