Program vaksinasi Malaysia setanding negara maju

Photo used for illustration purposes only
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14.74 peratus penduduk di Malaysia telah menerima dua dos vaksin dan sebanyak 17.09 peratus direkodkan telah menerima satu dos vaksin setakat ini berdasarkan data yang dipaparkan melalui Our World in Data.

Sementara itu di Singapura, sejumlah 47.73 peratus rakyatnya telah menerima vaksin penuh, manakala 23.46 peratus lagi hanya menerima dos yang pertama.

- Advertisement -

Di Indonesia pula, sebanyak 5.5 peratus rakyatnya telah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 dan 7.8 peratus telah menerima dos pertama.

Manakala di Australia, 9.41 peratus penduduk telah menerima dua dos lengkap dan 17.66 peratus telah menerima dos pertama setakat ini.

Di Amerika Syarikat, sebanyak 47.74 peratus penduduk telah menerima dos lengkap dan 7.4 peratus telah menerima sebahagian darinya.

Bagi peratusan jumlah penduduk dunia, sebanyak 12.47 peratus telah menerima dua dos vaksin lengkap dan 13.20 peratus penduduk hanya menerima satu dos vaksin Covid-19.

Selain itu, jumlah keseluruhan pemberian vaksin di Malaysia setakat ini telah mencecah sebanyak 15,517,866 dos suntikan dengan jumlah harian pemberian vaksin adalah 299,593 dos.

Untuk rekod, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.75 juta pada suku pertama 2021.

Jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi adalah bukan warganegara.

Penduduk lelaki mengatasi wanita, masing-masing berjumlah 16.83 juta dan 15.92 juta. – HARAKAHDAILY 22/7/2021

- Advertisement -