NGO berhimpun di Dataran Merdeka bawa agenda murahan

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Rakyat negara ini dianggap cukup bertuah kerana memiliki seorang perdana menteri yang amat prihatin terhadap masalah rakyat.

Ketua Bersatu Kota Bharu Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbeza berbanding perdana menteri sebelum ini kerana sanggup menyediakan dana besar bagi membantu rakyat.

Katanya, biarpun ada pihak cuba menggugat dengan pelbagai cara namun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap masih stabil.

- Advertisement -

“Kalau sebelum ini pembangkang beriya-iya mahu menjatuhkan kerajaan termasuk di parlimen.

“Namun sekarang mereka memperalatkan kumpulan anak muda pula dengan berhimpun bagi mendesak perdana menteri meletak jawatan,” kata selepas mengagihkan daging lembu korban kepada penduduk di flat Buluh Kubu
di sini hari ini.

Sabtu lepas Sekretariat Solidariti Rakyat bersama Himpunan #Undi18Now mengadakan himpunan di Dataran Merdeka dengan membawa simbol ‘mayat’ dan ’14 bendera hitam’ kononnya sebagai isyarat kegagalan kerajaan PN.

Mereka turut mendesak Muhyiddin berundur kerana mendakwa kerajaan PN gagal membendung pandemik Covid-19.

Mohamed Farid juga berkata, tindakan pihak terbabit itu dianggap sebagai agenda murahan yang hanya bersifat retorik semata-mata.

“Sebagaimana kita semua ketahui banyak gerakan dijalankan semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri,” katanya.

Pada program tersebut Bersatu Kota Bharu mengorbankan lapan ekor lembu dalam usaha menyantuni semua lapisan masyarakat terutama mereka yang terkesan dengan pendemik Covid-19.

“Kami berharap agihan daging korban ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat. Besar harapan kami agar mereka juga dapat meraikan Hari Raya Aildiladha dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

“Program korban yang dilakukan ini juga adalah sebahagian daripada usaha kami dalam mewujudkan impak positif,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2021

- Advertisement -