13,034 kes harian Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali meningkat kepada 13,034 kes berbanding 11,985 kes yang dicatatkan semalam.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 6,049 kes.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan menerusi akaun Twitternya berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 964,918 kes.

Kuala Lumpur pula merekodkan 1,611 kes; Johor (791); Negeri Sembilan (711); Kedah (701); Sarawak (644); Sabah (497) dan Terengganu sebanyak 391 kes.

Pulau Pinang merekodkan 371 kes; Melaka (353); Pahang (261); Kelantan (240); Perak (284); Putrajaya (100); Labuan (24); dan Perlis (enam). – BERNAMA

- Advertisement -