Letak TH di bawah kawal selia BNM tidak tepat

- Advertisement -

LAJNAH Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat berpandangan keputusan Kerajaan untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tertakluk kepada Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, adalah salah dan tidak tepat.

Ini adalah kerana TH, yang mempunyai deposit lebih RM82 bilion pada suku kedua 2021, adalah merupakan agensi pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dan bukannya sebuah bank. Justeru ianya harus diurus dan dikawal selia sebagai sebuah GLIC dan bukannya bank, yang perlu diletak di bawah selian BNM. Tambahan pula BNM ada badan yang khusus dan berfungsi sebagai regulator dan penguatkuasa dasar monetori dan kestabilan kewangan negara, sebagaimana termaktub di bawah Akta Bank Pusat Malaysia 2009.

- Advertisement -

Malah struktur operasi BNM sendiri dibentuk berdasarkan fungsi untuk mengawal selia dasar monetari dan kewangan negera. Ini terbukti daripada jawatankuasa-jawatankuasa (JK) yang di wujudkan dalam operasinya iaitu:

1. JK Monetari
2. JK Eksekutif Kestabilan Kewangan
3. Majlis Penasihat Syariah
4. JK Kestabilan Kewangan

Jelas bahawa tiada fungsi kawalan pelaburan wujud di dalam struktur BNM. Tambahan pula semua 41 akta-akta, peraturan dan garis panduan di bawah seliaan BNM, kesemuanya menyentuh hanya fungsi monetory dan kewangan dan tidak langsung berkait dengan pelaburan. Justeru itu BNM tidak berupaya untuk menjalankan peranannya sebagai kawal selia pelaburan dengan berkesan sekiranya TH diletakkan di bawah kawalannya.

Kami juga berpandangan bahawa TH tidak harus di klasifkasikan sebagai sebuah bank. Sekira ianya diputuskan begitu maka GLIC yang lain juga harus difungsikan dalam terma yang sama, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Fungsi kesemua GLIC ini adalah sama dengan TH iaitu menerima caruman daripada ahli, membuat aktiviti pelaburan dan memberi pulangan kepada pencarum.

Maka sekiranya TH diklasikasikan sebagai bank dan tertakluk kepada Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, maka GLIC lain juga harus diuruskan melalui mekanisma yang sama.

Pengurusan dan kawal selia pelaburan tidak sama dengan perbankan. Ini adalah kerana ekosistem pelaburan adalah sangat cair (liquid) dan fleksibel. Tidak sepertimana GLIC, bank sangat tertakluk kepada langkah-langkah makro dan mikro prudential yang ketat yang ditetapkan oleh BNM dan garis panduan Basel III. Ini sudah pasti akan merencatkan aktiviti pelaburan TH yang akhirnya akan menjejaskan pulangan kepada para pencarum.

MazliZ
Mazli Noor

Kami juga berpandangan bahawa penambahbaikan TH masih boleh dilakukan dengan berkesan tanpa meletakkan TH di bawah seliaan BNM. Ini boleh dilakukan dengan memperkasa keahlian dan fungsi Lembaga Pengarah TH (ALP) dan JK Pelaburan TH. ALP dan JK Pelaburan TH harus menjalankan fungsi fidusiari dengan berkesan tanpa takut dan pilih kasih (without fear and favour) bagi menjaga kepentingan TH. Proses peremajaan ALP dan JK Pelaburan TH harus dilakukan secara berterusan dengan melantik ahlinya dalam kalangan pakar-pakar pelaburan yang arif dalam bidang mereka.

MAZLI NOOR
Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
10 Zulhijjah 1442 / 20 Julai 2021 – HARAKAHDAILY 20/7/2021

- Advertisement -