UEC menyerlahkan lagi wajah PAN

- Advertisement -

PAN menyerang bertubi-tubi PAS. Seolah mereka bangkit sebagai pejuang kepada sistem pendidikan negara dalam isu UEC. Mereka lupa walaupun PAS hanya 18 kerusi di Parlimen, suara dan prinsip PAS tidak boleh dijual beli. Walau kerdil, suara lantang PAS tetap akan dilaungkan demi perjuangan dan prinsip PAS sejak berzaman.

- Advertisement -

Tanpa mereka sedari, mereka sendiri yang hanyut dengan gelombang jawatan dan kedudukan. Sewaktu 22 bulan dalam kerajaan, sekelumit suara PAN dalam isu-isu UEC langsung tidak kedengaran. Malam memekak telinga malam membisu total. Lihat sahaja laungan-laungan sekutu mereka terhadap isu UEC: 

1. Nga: DAP tak akan teragak-agak keluar k’jaan jika UEC tak diiktiraf
https://www.malaysiakini.com/news/508787

2. Iktiraf UEC atau DAP tinggalkan kerajaan PH, kata Nga
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/29/iktiraf-uec-atau-dap-tinggalkan-kerajaan-ph-kata-nga/

3. DAP leader says party ready to quit Malaysian govt for failing to recognise education certificate
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/dap-leader-says-party-ready-to-quit-malaysian-govt-for-failing-to-recognise-education

4. DAP desak Perdana Menteri iktiraf UEC, “Janji mesti dikotakan dan bukan ‘dicapati’ ” – Huazong.
https://www.hlazdrop.com/2020/07/dap-desak-perdana-menteri-iktiraf-uec.html

Sewaktu kenyataan pimpinan DAP ini dilaungkan. Di mana agaknya kelibat PAN dalam kerajaan pada waktu tersebut? Di mana ‘Youtube Rakyat’ berpencak silat? Menanti ‘greenlight’ abang besar?. Atau sayang pada suaka jawatan pada waktu tersebut?

Namun tidak bagi PAS. Sama ada pembangkang mahupun kerajaan, PAS konsisten dalam perjuangan dalam menyuarakan pandangan dan prinsip-prinsipnya. Desakan PAS akan digemakan tidak kira di mana-mana posisi PAS berada.

1. UEC ‘talian hidup’ DAP
https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/31/uec-talian-hidup-dap/

2. Pendirian PAS terhadap UEC
https://harakahdaily.net/index.php/2019/02/28/pendirian-pas-terhadap-uec/

3. Jawatankuasa Khas dicadang nilai semula iktiraf Sijil UEC
https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/15/jawatankuasa-khas-dicadang-nilai-semula-iktiraf-sijil-uec/

Terbaca komentar seorang sahabat, ada benarnya juga. Apalah nasib rakyat Malaysia berbangsa Cina yang ikuti sistem Pendidikan Kebangsaan sejak awal?

“Adalah tidak adil mengiktiraf UEC sedangkan berapa ramai rakyat Malaysia di kalangan bangsa Cina yang kekal mengikuti sistem Pendidikan kebangsaan. Mereka lebih layak menjadi guru Bahasa Cina dan lain-lain.”

“Mereka mengambil SPM, bersekolah di Sekolah Kebangsaan, tetapi peluang mereka dicantas oleh mereka yang mempunyai sijil UEC.”

“Anak kera di hutan disusukan anak sendiri kebuluran”

PAS terus desak dan desak. Walau hanya 18 kerusi di Parlimen seolah penyelesaian negara berada di bahu PAS. Adakah anda terbaca kenyataan dari pimpinan DAP atau PH dalam isu UEC? Kut ambo terlepas pandang. Menanti bantahan dari pimpinan PH-PAN-DAP.

JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 19/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000629532241/posts/4411415555556052/

- Advertisement -