Penjelasan Dr Najihatussolehah

- Advertisement -

SAYA Dr Najihatussalehah Ahmad, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan ini ingin menyatakan penafian kenyataan saya yang diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyatakan bahawa saya menyebut bahawa rakyat gagal.

Saya kesal tindakan yang dilakukan beberapa pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi saya.

Poster tersebut yang dibuat oleh sebuah portal dibuat dengan memanipulasi kenyataan saya yang dipaparkan dalam Harakahdaily bertajuk “Cukuplah menuding jari kepada kerajaan” bertarikh 13 Julai 2021.

Dalam paparan tersebut saya lansung tidak menyebut mengenai rakyat gagal sebaliknya saya ingin mengajak rakyat jangan mengikuti sesetengah pihak yang kerap berkempen tentang kerajaan gagal.

Lebih malang lagi ,saya dapati sebuah akhbar arus perdana juga telah menyiarkan berita dengan hanya merujuk kepada siaran berita tersebut tanpa merujuk kepada saya.

- Advertisement -

Saya sebenarnya mengharapkan semua pihak bersatu untuk menyokong aspirasi kerajaan dalam menangani masalah Covid-19 yang sedang melanda negara kita.

Tanpa sokongan dan dokongan rakyat, kejayaan negara sukar diperolehi biarpun sekuat mana sesebuah kerajaan berusaha.

Dengan ini saya mengharapkan semua pihak tidak salah faham lagi atas perkara ini kerana saya bimbang fitnah yang berleluasa akan membuka masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa segala amal perbuatan akan diadili di akhirat nanti.Berhentilah daripada menyebarkan segala bentuk tulisan yang bersifat fitnah. – HARAKAHDAILY 19/7/2021

- Advertisement -