PAS Sarawak terus sumbangan sempena Aidil Adha

- Advertisement -

SELURUH umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1442 H / 2021 M pada hari Selasa, 20 Julai 2021. Pada tahun ini Sarawak telah menangguhkan program Korban kerana wabak COVID-19 masih merebak di kawasan-kawasan tertentu di Sarawak.

PAS Sarawak telah berjaya menyampaikan Sumbangan Kebajikan Tabung Bencana COVID-19 2021 di beberapa bahagian di Sarawak seperti Petra Jaya, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Sibu, Mukah, Bintulu, Sibuti, Miri, dan Limbang atau Lawas.

- Advertisement -

Program ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan dengan keperluan harian mereka. Walaupun tahun ini Kerajaan Sarawak menangguhkan program Korban, umat Islam mesti terus mengamalkan ajaran Islam seperti yang dituntut dalam ajaran Islam.

Antaranya, solat Aidiladha masih diteruskan walaupun agak terhad dan tidak semua orang dapat menunaikannya secara berjamaah di masjid tetapi boleh dilakukan di rumah atau di padang jika dibenarkan oleh Majlis Agama Islam Sarawak.

Walau bagaimanapun, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam Sarawak untuk memutuskan sama ada dibenarkan untuk bersolat sunat Aidiladha secara jamaah di padang yang mempunyai lebih banyak ruang daripada di masjid. Mungkin perkara ini dapat dipertimbangkan dengan syarat SOP yang lebih ketat sehingga lebih ramai umat Islam dapat bersolat secara berjamaah.

Oleh kerana kes wabak COVID-19 di Sarawak masih merebak dan perlu dikawal, maka umat Islam harus mematuhi arahan pemerintah, agar masalah wabak COVID-19 dapat dikurangkan atau dihapuskan daripada terus merebak.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, PAS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dengan penuh disiplin dan umat Islam harus melakukan ibadat Aidiladha seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam Sarawak supaya kita terhindar dari wabak COVID-19. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari ancaman wabak COVID-19. Tinggal di rumah dan sentiasa sihat.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

PAS Sarawak will continue to present the COVID-19 2021 Disaster Fund Charity Contribution in conjunction with Eid al-Adha

All Muslims will celebrate Hari Raya Idul Adha 1442 H/2021 on Tuesday, July 20, 2021. This year Sarawak has postponed the Qurban program because the COVID-19 epidemic is still spreading in certain areas in Sarawak.

PAS Sarawak has successfully delivered the COVID-19 2021 Disaster Fund Welfare Contribution in several parts of Sarawak such as Petra Jaya, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Sibu, Mukah, Bintulu, Sibuti, Miri, and Limbang/Lawas.

The program can at least ease the burden of families who need help with their daily needs.

Although this year the Sarawak government postponed the Qurban program, Muslims must continue to practice the teachings of Islam as demanded in the teachings of Islam.

Among them, the Idul Adha prayers are still continued although it is quite limited and not everyone can perform it in the congregation in the mosque but it can be done at home or in the field if allowed by the Sarawak Islamic Religious Council.

However, we leave this matter to the authorities and the Sarawak Islamic Religious Council to decide whether it is permissible to perform the Eid prayers in a congregation in a field that has more space than in a mosque. Perhaps this matter can be considered with stricter SOP conditions so that more Muslims can pray in the congregation.

As the case of the COVID-19 epidemic in Sarawak is still spreading and needs to be controlled, then Muslims must abide by the government’s instructions, so that the problem of the COVID-19 epidemic can be reduced or eliminated from continuing to spread.

In conjunction with Hari Raya Idul Adha, PAS Sarawak would like to wish Happy Hari Raya in full discipline and Muslims should perform Eid al-Adha as prescribed by the authorities and the Sarawak Islamic Religious Council so that we are spared from the COVID-19 epidemic.

Hopefully, God always protects us all from the threat of the COVID-19 epidemic. Stay home and stay healthy.

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 19/7/2021

- Advertisement -