Iran tingkatkan import sawit negara

ALHAMDULILLAH, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh industri sawit negara. Ia berlaku semenjak PN mengambil alih pemerintahan negara dari PH secara sah mengikut Perlembagaan.

Semenjak Kerajaan PN menggunakan slogan Sawit Anugerah Tuhan bagi menggantikan slogan Sayangi Sawitku di peringkat Antarabangsa, bagi melawan kempen anti kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah.

Advertisement

Alhamdulillah, ia mendatangkan kesan yang sangat baik kepada import sawit negara dan semakin mendapat kepercayaan negara-negara luar, sama ada yang sudah lama mengimport mahupun yang baru memeterai perjanjian dengan Malaysia.

Tahun 2021 sahaja, beberapa buah negara telah mempertingkatkan import sawit negara Malaysia. Antaranya:

1. Jepun mengimport lebih 500,000 tan.

2. Arab Saudi meningkatkan importnya daripada 300,000 tan kepada 500,000 tan.

3. India mengimport 275,915 tan. 

4. Mesir mengimport lebih 155,000 tan.

5. Afghanistan meningkatkan importnya daripada 75,000 tan kepada 150,000 tan.

Lebih membanggakan lagi, Afghanistan memberikan kepercayaan yang tinggi kepada Malaysia, sehingga sanggup menjadi ‘Golden Gate’ untuk pasaran sawit ke Asia Tengah seperti Turkmenistan, Tajikistan dan Uzbekistan.

Terkini, Iran pula memberikan komitmen tinggi untuk meningkatkan import minyak sawit dari negara kita melebihi satu juta tan matrik setiap tahun. Sehingga Mei 2021, Iran telah mengimport minyak sawit kita sebanyak 309,704 tan.

Lebih menarik lagi, mereka juga mahu membantu Malaysia mengedar minyak sawit ke negara-negara Asia Tengah seperti Bahrain dan Jordan dan negara Asia Barat seperti Azerbaijan dan Armenia.

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan PN khususnya YBM Perusahaan Peladangan dan Komoditi serta kakitangan Kementerian atas usaha mereka semua dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada negara dan rakyat Malaysia.

Kejayaan demi kejayaan ini membuktikan bahawa kerajaan sangat bersungguh membina dan memulihkan ekonomi negara. Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang dan terus berusaha bersungguh-sungguh menangani COVID-19 yang melanda.

Sempena Hari Arafah yang penuh berkat ini, marilah kita berdoa kepada Allah, agar COVID-19 ini diangkat dan dihapuskan dari bumi kita Malaysia yang tercinta ini.

USTAZ SHAHRIL AZMAN ABD HALIM 
Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau – HARAKAHDAILY 19/7/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/219745198133003/posts/4049351061839045/